ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
1. Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di Ampang, pada jam 11 pagi Selasa.
2. Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana syarikat yang berdaftar di Israel untuk melakukan sebarang aktiviti di negara ini, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3. Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Kes pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid yang diserang individu tidak dikenali pada Khamis lalu tidak mempunyai kaitan dengan kejadian simbah asid melibatkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.
4. Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan pelaburan syarikta itu adalah sesuatu yang tidak harus dipersoal.
5. Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
6. Bukit Aman ambil alih kes simbah asid Faisal Halim, suspek kedua direman 5 hari
Individu yang diberkas di sekitar Bandar Baru Bangi berkaitan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim direman lima hari bagi siasatan lanjut berhubung kejadian.
7. Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
8. Selangor mahu tunda Piala Sumbangsih
Selangor FC hari ini telah menghantar permohonan secara rasmi kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) supaya mempertimbangkan cadangan menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih 2024/2025 melibatkan pasukan itu dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat ini.
9. Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
10. Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan melalui penggubalan akta
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Astro Awani
Tue May 07 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.